Monday, October 10, 2011

-Tentang Sahabat -

Assalamuailaikum ♥

Sebenarnya aku tak tahu nak update pasal apa , tapi disebabkan tangan aku ni gatal nak menaip so aku pun terpaksa lah taip juga ..

Aku nak cerita pasal seorang sahabat aku ni

Korang tahu kan maksud sahabat ? Kalau tak tahu memanglah korang teruk =,='' , hahaha ..

Okayokay , malas nak merepek panjang panjang ..

Tentang Sahabat -
Bila aku fikir fikir balik macam mana aku boleh kenal dengan dia ni pun aku tak tahu ..

Tapi setahu aku lah aku kenal dengan dia masa first time aku kenal dengan sekolah , saat perkenalan tu aku langsung tak ingat ..

Aku bukan apa , dah 4 tahun setengah aku tinggalkan sekolah rendah , okay ?
Dan sekarang pun aku dah masuk form 5 dah masuk akhir tahun dah pun ..

Haha , sebak pula nak ceritakan pasal sahabat aku ni sebab apa korang nak tahu tak ..

sebab nya..
Dia lah sahabat yang paling sengal aku pernah jumpa masa dekat sekolah rendah..

Sebab apa aku kata macam tu ?

Sebab terlalu banyak benda yang dia tak tahu dalam erti hidup dan aku lah yang banyak tolong dia
( bukan nak bangga diri tapi itu lah kenyataan nya =) )

Aku pun sebenarnya tak lah pandai sangat , kenapa aku kata camtu ?

Sebab aku dan dia masuk kelas pemulihan , okay.. ?

Haha , malu gila .. ! Terasa diri ni bodoh sangat ..

Tapi berkat doa makbapak aku , hari demi hari Alhamdulilah aku telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan .. dan sejak tu lah aku dah pandai membaca sedikit demi sedikit bermula dari buku komik dan sampai lah akhbar pun aku rembat sekali ..

Aku boleh ertinya dia sebagai sahabat karib aku tapi masa sekolah rendah lah ..

Sebab dia banyak sangat tolong aku , kalau korang nak tahu aku ni mangsa buli tau dekat sekolah rendah dulu ..

Sebab perempuan suka sangat kawan dengan aku maybe diorang jeles kot , aku kan comel mase tu .. hahaha



Ada sampai aku menangis dalam kelas sebab diorang buli aku dan mesti lah ramai budak budak perempuan yang backup aku

Aku pun tak berani nak lawan balik , sebab masa tu aku budak budak lagi dan juga mungkin aku ni penakot kot , hahaha .
.
Cerita pasal sahabat aku ni , aku ramai sahabat masa sekolah rendah tapi kebanyakkan perempuan lah , sebab perempuan suka sangat kawan dengan aku , ada yang beri surat lah apa lah ...

Apalagi kalau waktu hari Raya pergh ! berlambak lambak aku dapat siap ada yang beri aku duit lagi , huhu .. terharu !

pasal nama sahabat sahabat tu aku tak ingat sangat lah , tapi ada satu nama yang aku tak boleh lupa dalam nama hidup ni selain nama kawan karib aku ..

Iaitu Hafiz Shauqi , Samseng kuat dekat sekolah tu .. semua kawan kawan aku selalu ikut dia dan dia lah juga yang buat aku menangis tahu tak ? macam bodoh je aku fikir balik , hahahaha

Dan masa tu lah aku dengan dia gaduh dan masa tu lah juga semua kawan kawan aku jauhkan diri dari aku dan sebab tu lah ramai perempuan yang cuba kawan dengan aku ..

Tapi ada lah juga sahabat sahabat aku yang curi curi kawan dengan aku , dan masa tu memang aku tak tahu nak luahkan macamna lah Tuhan je yang tahu aku rasakan ..

Tapi kawan karib aku tu kawan juga dengan aku tapi macam aku kata tadi dia curi curi juga . Aku pelik lah juga kenapa dia takut sangat dengan samseng sekolah aku tu .. owh ! mungkin sebab dia besar dan kuat kot ? ye tak ?

Aku pun dah malas nak layan samseng sekolah aku tu , so aku pun ambik lah keputusan nak kawan dengan budak budak perempuan je..
Tapi lama kelamaan kawan kawan aku tu termasuk samseng sekolah aku tu pun datang dekat aku dan dia pun minta maaf dengan aku ( Bukan aku yang minta maaf dekat dia okay ? ) tapi dengan syarat ..

''Aku tak boleh kawan dengan perempuan lagi'' , ececece banyak hensem muka kau , kau dah minta maaf lepas tu beri syarat pula erk ? boleh pula camtu ?..

Tapi disebabkan aku tak suka sangat gadoh gadoh ni so aku pun terima lah syarat dia ..

Esoknya , aku dengar dia kapel pula dengan seorang budak perempuan ni ..
Aku ingat lagi nama dia ''Erna Salina '' pergh , mulut bercabang macam ular ..

Ko suruh orang ikut syarat kau tapi boleh pula kau langgar syarat kau sendiri kan |? ececece

Entah macamana , lama lama tu hubungan aku dengan kawan kawan aku tak kiralah lelaki ke perempuan bertambah baik dan dia pun tak kisah aku kawan dengan perempuan mungkin dia sedar silap dia kot , wallahuallam ..


Erk , aku nak cerita pasal sahabat karib aku tiba tiba cerita pula pasal si samseng ni , haish

Okayokay , berbalik dekat dengan cerita kawan karib aku tadi kan ..

Lama kelamaan hubungan aku dan dia sebagai seorang sahabat semakin rapat

dan Aku dah mula anggap dia sebagai kawan karib aku , tak tahu lah pulak dia ..

Dan sekarang aku nak ceritakan tentang macam mana persahabatan kami hancur ..

Hari demi hari , umur kami mulai meningkat dan masa akhir tahun ( tahun 6 ) aku dapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan , alhamdulilah .. bangga tau tak ?

Mana tak nya , dengan berkat usaha aku sendiri dan dengan doa doa familiy aku ..

Tak sangka budak pemulihan macam aku boleh dapat pencapaian terbaik .. Syukur sangat sangat !

Tapi kawan karib aku tak dapat lah , huhu mungkin dia kurang berusaha kot ..

Dan masuknya kami ke sekolah menengah , perangai dia still baik lagi dengan aku sebab alam persekolahan menengah ni berbeza sangat dengan alam sekolah rendah yang aku duduki dulu so apa apa pun dia minta pendapat aku dulu , dan alhamdulilah , sekarang dia satu sekolah dengan aku ...

Dan dari form 1 sampai lah form 2 hubungan kami masih lagi baik tapi aku dah mula perasan perangai dia berubah sedikit demi sedikit

Tapi aku tak hirau sangat sebab aku percaya dia bukan macam tu ..

Dan masuk form 3 , perangai dia berubah habis , aku dengan dia tak bersependapat lagi ..


Memang aku sedih , sebab dia satu satunya kawan rapat aku tahu tak ?

Dan tahun tu lah juga aku cuba berdikari tanpa dia , dan aku yakin aku boleh ..

Tapi serius aku kata tak boleh ..

Tapi lama kelamaan tu , fikiran aku semakin matang dan aku tahu yang aku sekarang ialah seorang remaja dan bukan budak budak.. , Ye ! Aku bukan budak budak !!

Dan aku pun tak layan dia sangat dah sebab dia kelas bawah dari aku ..
tahun demi tahun , perangai dia dah macam " Cel*k*) tau tak ?

Dia tu ungkit nya balik kisah lama masa dekat sekolah rendah dulu yang aku kena buli..

Dan semua rahsia dia hebohkan dekat orang tapi takpe aku sabar dan terus sabar sebab aku tahu Allah mesti tolong orang teraniaya macam aku ..

Tapi ada perkara aku nak kata dengan kau ..

'' Kenapa kau kejam sangat ? Apa yang kau dapat ? puas !

kenakan kawan baik kau sendiri.. ?.

'' kau langsung tak kenang budi aku kan ?? ..

Kau dah rosakkan persahabatan kita kawan , kau dah rosakan ..

terima kasih sangat sangat ..



Dan aku nak tahu sangat kenapa kau buat aku macam ni erk ?
''


Lastly , aku nak beritahu kau yang aku still simpan pokok kartus yang kau beri masa kita dalam bas dulu sebagai tanda persahabatan kita , kau nak tau ?



Sampai sekarang dia hidup subur lagi tau..



Kau dah berubah kawan , kau dah berubah ..



kau dah mula hisap rokok dan lepak dengan kawan apa benda kau tu ..


apa apa pun aku doa kan kau sihat sentiasa dan sentiasa dilindungi oleh RahmatNya ..

Dan sebelum aku habiskan entry tentang kau , aku nak beritahu satu perkara lagi kenapa jumaat lepas..

" Habis kau malu kan aku kau minta maaf balik ?.
Dan kau ungkit balik kisah lama kita , kenapa ?



'' Aku tak faham kawan .. tak faham..

Aku nak beritahu kau , yang aku tak akan maafkan kau selagi kemaafan yang kau buat tu bukan datang ikhlas dari hati kau sendiri ..


Aku nak kemaafan yang sebenar dan bukan pura pura, okay ? harap kau faham..

Note : korang pun mesti ada juga sahabat karib bukan , dan aku pesan lah dekat korang hargai sahabat-sahabat kita , okay ?
Jangan jadi macam aku , hilang kawan baik selama-lamanya ..

tak kisahlah kawan korang tu perangai memang teruk ke apa janji dia hargai korang sebagai sahabat ,so cuba lah hargai .. okay =')

Take Care ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...