Thursday, April 5, 2012

Abby Abadi dan Yatt Hamzah kini sudah berhijrah :D

Assalamuailaikum dan selamat malam :)

Kenapa tiba tiba aku update entry tengah tengah malam buta ni ?
Entah ! idea aku datang so aku update lah .. haha .

btw , tadi aku tengah usha usha blog blog saudara aku tadi dan tiba tiba aku ternampak satu entry yang menarik perhatian aku . Nak tahu pasal apa ??

Pasal artis lah . Yang telah berhijrah ke arah kebaikan . Syukur Alhamdulilah ..

Nak tahu siapa ?? ( Tengok tajuk pun korang tahu kan ? )

Abby Abadi dan Yatt Hamzah ..

Serius aku tak sangka yang Abby Abadi nak ambik keputusan untuk bertudung !
Dan ni serba sedikit info yang aku dapat ~

Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti



"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.

Pelakon berusia 34 tahun itu berhasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama."Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah dan beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

"Saya juga tidak terkilan sebelum ke sana, tawaran berlakon juga banyak. Hampir 5 hingga 6 tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya tetap ada," katanya.

"Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," katanya.



Dan ni antaranya gambar gambar abby abadi yang telah berhijrah ~

Nak tengok lagi search jer nanti keluar lah :)

Dan satu lagi artis juga yang telah berhijrah ialah Yatt Hamzah ..

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, Yatt Hamzah iaitu ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.
"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.


"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.

dan ini sebahagian gambar yatt hamzah yang telah berhijrah ..


dan macam aku kata tadi nak tengok banyak lagi search je dekat goggle ye :)



Nasihat aku : Support lah artis yang telah berhijrah ni dan berikanlah mereka sokongan . Dan jangan korang ingat kalau artis berhijrah mesti kecoh satu dunia , ye tak ? Btw korang salah , sebab nama pun artis so memang patut perkara baik macam ni dikongsi ye tidak ? tak akan benda jahat je nak dikecohkan ..

p/s : Datin Rosmah Mansor bila lagi .. ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...