Monday, October 10, 2011

Tentang Cinta ♥

Assalamuailaikum ♥

Hari ni mood aku kurang baik sikit mungkin terkenangkan dia , tapi aku pelik laa kenapa mesti hari ni ?
Kalau sebut pasal ni mesti korang boleh agak apa yang aku nak kongsi bukan ?
Okayokay , malas nak berteka teki dengan korang pulak , aku nak kongsi dekat korang tentang kisah cinta aku dan tentang "DIA'' yang aku maksudkan tadi
Korang nak layan ke tak nak terpulang , ade aku kisah ? haha.... ( Sempat lagi nyakat orang )

Masuk bulan ni dah genap 5 bulan aku dan dia tak bertegur sapa , kenapa ?
Entah aku pun tak tahu
Tapi kalau fikir fikir balik hari terakhir aku text dia .. , aku rasa dia okay lagi , tapi entah kenapa masuk hujung minggu dia mendiamkan diri ..
Jangan kata aku tak usaha , tahu tak aku dah cuba text dia dan call dia banyak kali tapi satu berita pun aku tak dapat .

Untuk pengetahuan korang gf aku ni sekolah agama tinggal dekat asrama tapi dekat mana aku tak pastilah ( Erk , perlu ke aku tulis pasal ni ? =,='')

Dan untuk pengetahuan korang juga

Aku pernah sesekali putus asa nak berkomunikasi dengan dia..
Tapi aku fikir fikir balik aku tak boleh berhenti begitu sahaja just aku still sayangkan dia dan cinta dia sangat sangat

Dan oleh itu aku pun berusaha lah berkomunikasi dengan dia selama 2 bulan walaupun langsung tiada khabar berita...

Dan sblm akhir bulan 2 aku buat keputusan nak lost contact dengan dia
Hm . bukan apa aku nak tanya pendapat korang lah sanggup ke tunggu selama berbulan bulan walaupun korang dah berusaha tanpa dapat khabar berita dari dia ?

Aku pun manusia juga ada hati dan perasaan , okay ?

Dan malam tu aku yang takde keja ni pun on9 fb laa sekejap ( Selama ni tak pernah on9 just lappy aku rosak )

Tiba tiba entah macamana aku tersearch name dia ( boleh plak !)

Dan masa itu lah , aku rasa nak hempas je lappy aku ni tapi pikir pikir balik lappy ni pun baru je repair si tak jadi lah ..

Rase nak menangis pun ade juga , tapi tak gentleman lah kalau lelaki menangis , ye tak ?

Kenapa aku rasa camtu , sebab terang-terang dia buat relationship dengan jantan lain siap wall to wall lagi * romantik gila ! )

Kalau boleh nak je aku tanya dia kenapa dia buat aku macam ni
yelah bukan apa aku dah cuba macam macam cara nak contact dia tapi last last dia pergi dengan jantan lain sape tak bengang ?

Mungkin aku ni bukan sape-sape dekat dia kot , aku je syok lebih - lebih ..
Memang aku teringin nak contact dia dekat fb tapi macam lah dia balas kan ?

Tapi apa apa pun aku fikir positif lah
Dan aku tekad dekat diri aku tak nak tengok muka dia lagi tapi bukan lupakan dia okay ? ='(
Dan caranya ialah dengan hapuskan fb aku ( Ni sebab aku takde fb =) )
Tapi kenapa tak blok je kan senang ?
Beri korang senang tapi beri aku susah , susah sangat nak buat camtu dekat orang yang kita sayang ..

Aku pun tak sanggup nak maki hamun dia entah aku pun tak tahu mungkin perasaan cinta aku menutup segala keburukan dia kot , huhu ..bodoh tak aku ? =)

Dan sekarang baru aku tahu maksud ''Cinta itu Buta''

Akhir kata , Saya nak beritahu awak yang saya sangat sangat cintakan awak walaupun saya tahu yang awak mungkin tak akan cintakan saya lagi kan ? Dan saya janji yang awak adalah anugerah yang paling ternilai yang pernah saya dapat sepanjang saya hidup dimuka bumi ni ..
Sebab kita pernah janji yang kita akan saling mencintai walau apa yang berlaku bukan ?
Dan saya pegang janji tu , okay awak ?


Sebenarnya banyak lagi yang aku nak coret dekat sini tapi tak boleh setiap kali aku coret setiap kali tu lah airmata aku jatuh dekat keyboard ni ..

Sorry kawan-kawan

Take Care ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...